Thursday, March 13, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tak sihat, Hael batal konsert

    Konsert penyanyi dan komposer, Hael Husaini yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 19 Februari depan dibatalkan.

    Menerusi kenyataan dikeluarkan wakil syarikat pengurusan, Rocketfuel Entertainment, keputusan membatalkan konsert Hael Husaini Live In KL dibuat berikutan Hael menghadapi masalah kesihatan dan dilakukan atas nasihat nasihat doktor.

    “Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekali lagi kepada semua atas pembatalan konsert Hael Husaini Live In KL.

    “Keputusan membatalkan konsert ini terpaksa dilakukan atas beberapa faktor dan paling utama, faktor kesihatan Hael.

    “Tahap kesihatan Hael tidak berapa baik sejak kebelangan ini kerana jadual kerja yang terlalu padat.

    “Selepas berbincang dengan doktor, Hael dinasihatkan berehat dan tidak melakukan aktiviti seni buat sementara waktu,” katanya.

    Rocketfuel Entertainment turut menzahirkan rasa dukacita atas pembatalan konsert ini kerana segala persiapan sudah dilakukan. – Agensi

    Tahap kesihatan Hael tidak berapa baik sejak kebelakangan ini kerana jadual kerja yang terlalu padat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda