Friday, January 31, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Takaful Brunei bantu 12 keluarga memerlukan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd (Takaful Brunei), bersama anak-anak syarikatnya, Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK), terus menunjukkan komitmen mereka kepada masyarakat dengan membantu keluarga yang kurang bernasib baik sepanjang bulan Ramadan melalui kempen Jalur Kasih.

    Hari ini, kempen inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu telah berjaya membantu 12 keluarga yang memerlukan di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong dengan menyumbangkan barang keperluan harian seperti makanan dalam tin, pencuci pakaian, bahan masakan, beras wangi dan banyak lagi.

    Turut menyertai inisiatif berkenaan ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Shahrildin bin Pehin Orang Kaya Lela Utama Dato Paduka Haji Jaya.

    Setiap lawatan ke kediaman penerima, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan harapan agar bebanan mereka diringankan.

    Dengan adanya inisiatif seumpamanya, Takaful Brunei berharap untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang bersatu untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan sepanjang bulan Ramadan dan bulan Syawal yang akan datang.

    Antara lain tujuan inisiatif berkenaan adalah untuk memastikan semua lapisan masyarakat dapat meraikan perayaan dengan meriah dan meningkatkan hubungan yang lebih erat dengan masyarakat.

    Haji Shahrildin bergambar ramai bersama kakitangan TBA yang menyertai kempen Jalur Kasih di Syarikat Takaful Brunei. – Gambar serahan TBA
    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Haji Shahrildin berinteraksi bersama penerima di daerah Brunei Muara dan Temburong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda