Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Takaful Brunei bantu keluarga kurang berkemampuan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Dengan penggal persekolahan 2020 semakin dekat, Takaful Brunei terus membantu ramai keluarga kurang berkemampuan dalam membuat persiapan buka sekolah.

    Takaful Brunei, yang diketuai oleh Penolong Pengurus Besar, Awang Dahang Bunchuan, telah menyumbangkan baucar-baucar tunai bagi peralatan sekolah seperti alat tulis dan kasut kepada 19 orang kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan di Kampung Kiudang, Tutong,

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Takaful Brunei telah aktif memberi sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan sepanjang tahun sebagai sebahagian daripada Inisiatif Jalur Kasih.

    Kenyataan menjelaskan, sumbangan biasanya dalam bentuk barangan keperluan harian dan diberikan pada setiap hujung bulan. Takaful Brunei berharap untuk meneruskan inisiatif berkenaan bagi tahun-tahun akan datang dan menggalakkan orang ramai untuk menghulur sumbangan dan memberi balik kepada masyarakat dalam apa cara sekali pun.

    Awang Dahang Bunchuan bergambar bersama salah sebuah keluarga di Kampung Kiudang, Tutong. – Gambar oleh Takaful Brunei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda