BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Takaful Brunei terus membantu mereka yang kurang bernasib baik menghulurkan sumbangan kepada dua buah keluarga menerusi aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya, Jalur Kasih, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang diberikan, semasa berkunjung ke kediaman keluarga berkenaan, rombongan Takaful Brunei menyerahkan sumbangan barangan asas berupa makanan tin, bahan cuci pakaian, bahan-bahan masakan, beras dan banyak lagi.
Setiap kunjungan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan dan mendoakan semoga beban mereka berkurangan.
Kenyataan menyatakan, Takaful Brunei berhasrat untuk mewujudkan kesedaran bahawa mereka yang kurang bernasib baik memerlukan bantuan dan masyarakat perlu bersatu padu untuk memberikan bantuan yang semampunya.
