Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Takaful Quest 2025 tawar hadiah tunai, percutian

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Takaful Brunei hari ini melancarkan kempen promosi terbaharu Takaful Quest 2025, sempena pembukaan Pesta Pengguna dan Ekspo Perdagangan ke-31 (CFTE31) di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik dan peluang memenangi hadiah lumayan kepada para pelanggan.

    Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Abdul Hamid, bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Brunei, Haji Shahrildin bin Pehin Orang Kaya Lela Utama Dato Paduka Haji Jaya.

    Kempen Takaful Quest 2025 berlangsung mulai hari ini hingga 31 Disember dan memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai tiga cabutan bertuah dwibulanan, sebelum cabutan utama di akhir tempoh kempen.

    Setiap cabutan dwibulanan akan menyaksikan 10 pemenang menerima hadiah tunai, gajet dan baucar menarik.

    Manakala cabutan utama bakal menawarkan hadiah lumayan seperti dua hadiah berupa wang tunai $10,000, pakej percutian untuk dua pemenang, baucar membeli-belah eksklusif dan ganjaran Takaful Points.

    Pelanggan boleh memperoleh penyertaan melalui pelbagai aktiviti seperti menyertai produk Takaful Brunei Am (TBA) atau Takaful Brunei Keluarga (TBK) yang layak, mendaftar sebagai pengguna baharu dalam aplikasi mudah alih Takaful Brunei, dan menyelesaikan cabaran bonus sepanjang kempen.

    Penyertaan boleh dibuat melalui pelbagai saluran rasmi Takaful Brunei termasuk pusat panggilan dan kaunter TBA dan TBK, aplikasi mudah alih Takaful Brunei dan ejen sah TBA dan TBK.

    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin dan Haji Shahrildin bergambar ramai selepas menyempurnakan pelancaran kempen berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda