Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Takaichi, Trump sepakat kukuh hubungan Jepun-AS

    TOKYO, 28 OKT – Perdana Menteri baharu Jepun, Sanae Takaichi dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersetuju memperkukuh lagi hubungan dua hala Jepun-AS serta menjalin hubungan peribadi yang lebih rapat dalam pertemuan pertama mereka di Tokyo hari ini, lapor Kyodo News.

    Dalam aspek keselamatan, kedua-dua pemimpin dijangka menegaskan kepentingan memperkukuh keupayaan pencegahan dan tindak balas pakatan dua hala di tengah-tengah cabaran yang semakin meningkat daripada China dan Korea Utara, sementara Washington terus menggesa sekutunya meningkatkan perbelanjaan pertahanan.

    Pada permulaan pertemuan itu, Takaichi mengatakan suatu, “era keemasan baharu” dalam pakatan Jepun-AS bersama Trump, yang disifatkannya sebagai, “pakatan terhebat di dunia.” Takaichi turut memuji peranan Trump dalam mempromosikan keamanan di Timur Tengah serta usaha menyelesaikan konflik antara Thailand dan Kemboja.

    Trump pula menyatakan keyakinan bahawa beliau dan Takaichi akan mempunyai, “hubungan yang luar biasa,” sambil menambah: “Saya sentiasa mempunyai kasih yang mendalam terhadap Jepun dan rasa hormat yang tinggi terhadap Jepun, dan saya yakin hubungan ini akan menjadi lebih kukuh daripada sebelumnya.”

    “Saya ingin awda tahu, pada bila-bila masa awda mempunyai persoalan, keraguan atau memerlukan sebarang bantuan, kami akan sentiasa ada untuk Jepun,” kata Trump.

    Selepas perbincangan, Takaichi dan Trump dijadual menaiki helikopter Marine One ke pangkalan Tentera Laut AS di Yokosuka, barat daya Tokyo, untuk melawat kapal pengangkut pesawat George Washington, menurut sumber Rumah Putih.

    Trump kali terakhir melawat Jepun pada 2019 bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Osaka. Beliau kini dalam siri lawatan Asia selepas menghadiri mesyuarat berkaitan ASEAN di Malaysia sebelum tiba di Jepun. 

    Trump dijangka meneruskan lawatan ke Korea Selatan bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping Khamis nanti. – Bernama/Kyodo

    Donald Trump (kiri) dan Sanae Takaichi berjabat tangan sebelum sidang kemuncak mereka di Istana Akasaka di Tokyo hari ini. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...