Saturday, February 8, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Takao: Pengalaman lebih utama

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Jurulatih Pasukan Bawah 18 Tahun (B-18) Brunei Darussalam, Takao Fujiwara berkata pengalaman bermain menentang salah sebuah pasukan terbaik Asia perlu dimanfaatkan meskipun tewas 11-0 kepada tuan rumah Korea Selatan hari ini.

    Dalam perlawanan kedua pusingan kelayakan Kejuaraan Bola Sepak B-19 Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) di Korea Selatan, pasukan negara ketinggalan 3-0 di separuh masa pertama, tetapi pasukan tuan rumah lebih agresif di separuh masa kedua bagi memberikan kekalahan kedua selepas tewas kepada Indonesia dalam perlawanan pembukaan.

    “Pertahanan kita sangat kompak di separuh masa pertama, tetapi dari segi fizikal, lawan kami lebih kuat dan mempunyai kebolehan tendangan yang lebih kencang, tetapi pasukan tetap tidak mengalah dan terus berjuang,” kata jurulatih pasukan.

    “Satu perkara positif yang dapat diambil daripada perlawanan ini adalah pengalaman menentang salah sebuah pasukan terbaik Asia,” jelasnya lagi.

    Skuad muda negara akan meneruskan persaingan mereka Sabtu ini menentang Malaysia, dan mengakhiri perlawanan Kumpulan F dengan menentang Timor Leste Rabu depan.

    Penjaga gol negara menumbuk keluar bola sambil cuba dicabar oleh pemain Korea Selatan dalam aksi kelayakan AFC B-19 di Korea Selatan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda