Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Takata mengaku salah, setuju bayar AS$1 bilion

    DETROIT, 28 Feb – Pengeluar alat ganti kereta Jepun Takata Corp mengaku bersalah menipu semalam dan bersetuju untuk membayar denda berjumlah AS$1 bilion kerana menyembunyikan kerosakan beg udara yang bertanggungjawab atas sekurang-kurangnya 16 kematian, kebanyakan mereka di AS.

    Sementara itu, skandal, nampaknya tersebar apabila peguam plaintif mendakwa lima pembuat kereta utama mengetahui peranti adalah berbahaya tetapi terus menggunakan mereka selama beberapa tahun untuk menjimatkan wang.

    Dalam akuan bersalah, Takata mengaku menyembunyikan bukti bahawa berjuta-juta inflator beg udaranya boleh meletup dengan daya amat kuat, menyembur serpihan pada pemandu dan penumpang. Ketua pegawai kewangan Yoichiro Nomura bercakap bagi pihak syarikat yang berpangkalan di Tokyo, berkata tindakan adalah “tidak dapat diterima.”

    Inflator bertanggungjawab atas 11 kematian di AS sahaja dan lebih daripada 180 kecederaan di seluruh dunia. Masalah itu mencetuskan penarikan balik terbesar dalam sejarah kereta AS, membabitkan 42 juta kenderaan dan 69 juta inflator.

    Penalti dalam kes jenayah termasuk AS$850 juta dalam pemulangan kepada pembuat kereta, AS$125 juta untuk mangsa dan AS$25 juta untuk kerajaan AS. Denda Takata kepada kerajaan mungkin berjumlah AS$1.5 bilion, tetapi hakim dalam kes itu berkata jumlah sedemikian mungkin akan menyebabkan syarikat jtuh muflis.

    Ketua Pegawai Kewangan Takata Corps Yoichiro Nomura meninggalkan mahkamah federal di Detroit selepas syarikat itu mengaku bersalah akan penipuan pada masalah beg udara. - AP
    Ketua Pegawai Kewangan Takata Corps Yoichiro Nomura meninggalkan mahkamah federal di Detroit selepas syarikat itu mengaku bersalah akan penipuan pada masalah beg udara. – AP

    Sementara pemusnahan Takata “mungkin merupakan keputusan adil,” ia tidak akan membantu mangsa diberi bayaran, kata Hakim Daerah AS George Caram Steeh ketika menerima perjanjian yang dirunding dengan Jabatan Keadilan AS.

    Penalti Takata adalah kecil berbanding dengan penalti yang dikenakan ke atas Volkswagen, yang mesti membeli balik kereta dan membayar AS$21 bilion disebabkan skandal penipuan pengeluaran. Steeh berkata beliau akan memilih satu orang untuk mengurus dana pemulangan pada minggu ini. Kenneth Feinberg, yang mengendali dana pampasan suis pencucuh General Motors dan tumpahan minyak BP Oil, sedang dipertimbangkan.

    Inflator Takata menggunakan ammonium nitrat untuk mewujudkan letupan kecil yang mengembang beg udara dalam satu kemalangan. Namun apabila terdedah kepada suhu tinggi berpanjangan dan kelembapan, bahan kimia boleh merosot dan membakar terlalu cepat. Ia boleh meletup kanister besi.

    Di AS, 19 pengeluar kereta sedang menarik balik inflator. Di seluruh dunia, jumlahnya melebihi 100 juta.

    Takata “komited sepenuhnya untuk memastikan keadaan sedemikian tidak akan berlaku sekali lagi,” kata Nomura. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda