Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Takbir Raya Aidilfitri bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri secara serentak di seluruh surau Kementerian Pertahanan dan ABDB, termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Majlis bagi menandakan kemenangan seluruh umat Islam setelah mengharungi cabaran dan dugaan melaksanakan ibadah di bulan suci Ramadan itu turut dihadiri oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; pemangku setiausaha tetap dan pegawai-pegawai serta anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah, diikuti dengan laungan takbir beramai-ramai.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P8-3A_04052022.jpg)