Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Takeda tarik balik permohonan vaksin denggi

    TOKYO, 12 JULAI – Firma farmasi Jepun, Takeda secara sukarela menarik balik permohonannya untuk kelulusan calon vaksin denggi di Amerika Syarikat (AS), memetik isu ‘pengumpulan data’.

    Keputusan itu, yang diumumkan oleh syarikat itu di AS pada petang semalam, dibuat walaupun mendapat kelulusan Kesatuan Eropah lewat tahun lepas.

    Syarikat itu berkata ia mengambil keputusan itu selepas perbincangan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS mengenai ‘aspek pengumpulan data, yang tidak dapat ditangani dalam kitaran semakan semasa’.

    Ia tidak menyatakan bila ia mungkin memohon semula untuk mendapatkan kebenaran.

    Takeda berkata masih timbulnya keperluan untuk vaksinnya, yang dikenali sebagai TAK-003 atau Qdenga.

    “Pelan masa depan TAK-003 di AS akan dinilai lebih lanjut memandangkan keperluan untuk pengembara dan mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi di AS, seperti Puerto Rico,” katanya.

    Takeda menegaskan bahawa vaksin itu telah ‘diluluskan di beberapa negara endemik dan bukan endemik, dengan lebih banyak kelulusan dijangkakan pada tahun-tahun akan datang’. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda