Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat bantu pelajar Tahun 9 pilih subjek

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT– Seramai 67 orang yang terdiri daripada ibubapa dan penjaga daripada 203 penuntut Tahun 8 telah menghadiri Sesi Sosialisasi Year 9 Subjects Introduction Showcase 2025 di Dewan Jubli Mutiara, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja baru-baru ini.

    Program berkenaan bertujuan untuk menerangkan proses penempatan subjek Tahun 9, berdasarkan pencapaian akademik Tahun 7 dan Tahun 8 (SPE), sekali gus membantu ibu bapa memahami kaitan potensi pelajar dengan pilihan subjek menuju Peperiksaan BCGCE O Level 2028.

    Selain itu, sesi ini turut memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi, serta melibatkan peranan ibu bapa dalam membimbing anak-anak ke arah kecemerlangan akademik.

    Secara keseluruhannya, sei berkenaan berjaya menjadi platform yang menyatukan peranan sekolah dan ibu bapa selain menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar dan juga membuka ruang kerjasama strategik demi menjamin kejayaan generasi akan datang. 

    Atas & Bawah: Suasana semasa taklimat berkenaan.
    – Gambar-gambar serahan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda