Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Dengan matlamat untuk memberikan penerangan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai peraturan-peraturan persekolahan, Sekolah Ugama (SU) Pengiran Anak Puteri Azemah Nikmatul Bolkiah, Mentiri telah mengadakan Taklimat Kemasukan Murid-murid Darjah Pra Tahun 2023M/1444H yang berlangsung di sekolah berkenaan, kelmarin.
Taklimat telah disampaikan oleh dua orang guru, Awang Ramzi bin Haji Mohiddin dan Haji Saidi bin Haji Hamidi yang memberikan penerangan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai Akta Wajib Persekolahan Ugama serta peraturan-peraturan persekolahan.
