Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat bincang kepentingan kebersihan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 5 SEPT – Untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan kitar semula pada usia awal, Pejabat Daerah Belait dengan kerjasama Green Depot dan Kementerian Kesihatan telah mengadakan taklimat kebersihan kepada 70 pelajar Tahun 3 di Sekolah Rendah Chung Ching, Seria, hari ini.

    Antara topik yang ditekankan termasuk perbinca-ngan mengenai Bab 30 Akta Kesalahan- kesalahan Rampaian oleh Pejabat Daerah Belait dan denda yang dikenakan terhadap mereka yang membuang sampah di premis awam.

    Selain itu, Green Depot juga memperkenalkan pelbagai cawangan yang tersedia untuk mempromosikan usaha kitar semula selain membincangkan kesan kesihatan akibat pencemaran daripada pembuangan sampah tidak teratur.

    Para pelajar yang hadir turut mengambil bahagian dalam beberapa kuiz yang dianjurkan dengan hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawabnya dengan betul.

    Antara pelajar yang hadir semasa taklimat tersebut. – Gambar oleh Daniel Lim
    Salah seorang pelajar mengambil bahagian dalam kuiz semasa taklimat di Sekolah Chung Ching, Seria kelmarin. – Gambar oleh Daniel Lim

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda