Wednesday, January 29, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat bincang mengenai risiko bencana

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Dalam usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terutama ahli-ahli Persatuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) agar sentiasa peka akan risiko bencana dan bersiap sedia dalam menghadapi situasi bencana dengan mengambil tindakan yang betul dan selamat, Taklimat Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) telah diadakan kelmarin.

    Taklimat anjuran Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama PPNBD itu diadakan di Bilik Persidangan, Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD.

    Hadir pada sesi taklimat itu, Yang Dipertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Junaidi bin Haji Hussin.

    Antara lain tujuan taklimat adalah untuk membina masyarakat yang berdaya tahan terhadap bencana, selaras dengan usaha meningkatkan kesedaran awam serta memupuk budaya pengurusan bencana secara proaktif dalam kalangan pemimpin dan ahli-ahli pengakap.

    Sebagai salah satu inisiatif penting NDMC, taklimat itu menyampaikan informasi berkaitan peranan komuniti dalam pengurusan risiko bencana. Dengan ini, diharapkan masyarakat dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta keupayaan menghadapi ancaman bencana secara bersama.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, penolong-penolong pesuruhjaya pengakap, pemimpin-pemimpin pengakap serta ahli-ahli Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.

    Antara ahli PPNBD yang hadir semasa taklimat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    Dato Paduka Ar Haji Idris, Haji Junaidi serta ahli-ahli PPNBD bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPNBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda