Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat cukai pendapatan korporat tingkat pemahaman syarikat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Sesi Pemberigaan Cukai Pendapatan Korporat anjuran Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Bahagian Hasil berlangsung kelmarin di Bilik Serbaguna 2, Tingkat 3, Island Block, MOFE.

    Sesi berkenaan diadakan bagi meningkatkan kefahaman syarikat-syarikat perniagaan mengenai skop percukaian di negara ini, di samping menekankan kesedaran terhadap kewajipan dan tanggungjawab dalam pematuhan Cukai Pendapatan Korporat.

    Dalam taklimat berkenaan, pegawai daripada Bahagian Hasil memberikan penjelasan menyeluruh antaranya mengenai asas penaksiran cukai, pematuhan pemfailan penyata cukai dan perkiraan cukai, selaras dengan Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.

    Sesi itu merupakan salah satu usaha berterusan MOFE dalam memperkukuhkan tahap pematuhan cukai serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan cukai korporat khususnya dalam kalangan pembayar cukai di negara ini.

    Semua di atas: Antara suasana taklimat berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda