Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat kebakaran tingkatkan keselamatan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 7 OGOS – Cawangan Operasi ‘B’, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah melaksanakan sebuah taklimat keselamatan kebakaran dan projek akar umbi yang berlangsung di Balai Bomba Kuala Belait, hari ini.

    Projek tersebut turut menyaksikan penyertaan enam pemimpin masyarakat yang terdiri daripada penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, bersama 24 penduduk daripada Majlis Perundingan Kampung (MPK) PN Panaga di bawah Mukim Seria.

    Acara tersebut telah diselajurkan dengan Majlis Penyerahan Alat Kelengkapan Memadam Kebakaran bagi Projek Pemimpin Akar Umbi Seluruh Negara.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Azmi bin Haji Hafneh.

    Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah, Penolong Pengarah Operasi, Awang Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi serta ketua-ketua kampung Mukim Seria.

    Acara kemuncak majlis telah menyaksikan sesi penyerahan alat kelengkapan memadam kebakaran yang disempurnakan oleh Awang Azmi kepada Pemangku Penghulu Mukim Seria, Awang Muhammad Syaiful Faizal bin Angas, yang telah menerima tiga batang hos dengan ukuran 64mm dan 38mm, satu nozzle serta satu kunci dan palang.

    Sebelum majlis dimulakan, para peserta turut diberikan taklimat mengenai keselamatan kebakaran dan demonstrasi tatacara pengendalian hos bagi mengurak dan mengemas aliran bagi memastikan penduduk kampung mempunyai pengetahuan asas selaku petindak awal dalam menghadapi kebakaran sebelum kereta bomba sampai.

    Setakat ke hari ini, seramai 48 penghulu dan ketua kampung yang mewakili 16 buah mukim di seluruh negara telah menerima taklimat Program Life Saver 995 dan penyerahan alat kelengkapan memadam kebakaran.

    JBP berharap inisiatif ini akan diteruskan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan dan keharmonian komuniti setempat sentiasa terpelihara dalam menghadapi sebarang kecemasan.

    Awang Azmi dan para jemputan yang hadir semasa projek dijalankan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Anggota bomba dan penyelamat memberikan demonstrasi tatacara pengendalian hos bagi memastikan penduduk kampung mempunyai pengetahuan asas selaku petindak awal dalam menghadapi kebakaran. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    ATAS & BAWAH: Sebahagian daripada penduduk yang menyertai sesi demonstrasi amali semasa projek tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Awang Azmi dan Awang Muhammad Syaiful Faizal bergambar bersama anggota JBP semasa sesi penyerahan hos, nozzle, bersama kunci dan palang. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Awang Azmi bergambar ramai bersama para peserta yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Awang Azmi beramah mesra dengan sebahagian peserta semasa projek dijalankan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda