Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat kebakaran tingkatkan keselamatan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Seramai 68 orang pegawai dan kakitangan dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) telah menghadiri taklimat dan praktikal mengenai alat pemadam api yang berlangsung di sekolah berkenaan, hari ini.

    Dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi C, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), ia didahului dengan taklimat ringkas mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan juga praktikal.

    Taklimat antara lain menekankan mengenai tindakan yang dilakukan apabila mendapati kebakaran, pengenalan mengenai jenis-jenis alat pemadam api dan kebakaran yang boleh dipadamkan bagi tindakan awal.

    Selain itu, warga sekolah juga mendengarkan tatacara penggunaan alat-alat pemadam kebakaran dan selimut api dengan cara yang betul.

    Dalam memberi pengetahuan kepada orang ramai, JBP turut menyediakan Kursus Marsyal Bomba, 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran.

    Antara warga sekolah yang menghadiri taklimat berkenaan.
    Warga sekolah dan pegawai bergambar ramai semasa sesi latihan berkenan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda