Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat Kenegaraan diteruskan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Seramai 108 penuntut Pusat Tingkatan Enam Sengkurong (PTES) telah menghadiri Program Taklimat Kenegaraan Peranan dan Tanggungjawab sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Bilik Multimedia Theatre (MMT) pusat berkenaan, baru-baru ini.

    Program yang diadakan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengetua (Pentadbiran), Awang Yussainie bin Haji Zainie dan para tenaga pengajar.

    Taklimat disampaikan oleh Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

    Antara perisian taklimat termasuk mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah, masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara. Program antara lain bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat kenegaraan.

    Ia juga dihasratkan bagi mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035 dan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035.

    Dayang Mufidah ketika menyampaikan taklimat di Bilik MMT, PTES. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Para penuntut PTES yang hadir semasa taklimat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda