Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat kenegaraan diteruskan ke Tutong

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 20 JAN – Sebagai usaha berterusan untuk menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara khususnya di kalangan penuntut sekolah, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daearah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah meneruskan Program Taklimat Kenegaraan, Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan, di sini, menyatakan taklimat yang diadakan di dewan serbaguna sekolah itu, telah disertai seramai 100 penuntut Tahun 7 sekolah berkenaan.

    Turut hadir semasa program berkenaan ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayang Nazifah binti Haji Nawang, Guru Kanan Pentadbiran, Cikgu Abdul Rahmani bin Haji Jamuddin serta para tenaga pengajar yang lain.

    Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan selaku Pemangku Ketua Cawangan Penerangan Cawangan Tutong, Bahagian Cawangan Penerangan Daerah, Dayang Hajah Nooramalina binti Haji Mohd Daud yang mana antara lain beliau menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik kibarkan bendera negara serta sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam Allah Peliharakan Sultan.

    Selain daripada itu, para penuntut juga menyaksikan tayangan video animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera’ dan berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.

    Program itu merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

    Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

     Semua di atas: Suasana semasa sesi penerangan berkenaan.

    Atas & Bawah: Antara pelajar yang menyertai sesi kuiz.

    Gambar ramai antara pelajar dan kakitangan jabatan semasa taklimat berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN 
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda