Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat kenegaraan pupuk pelajar CHMS cinta raja, negara

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Chung Hwa (CHMS), di ibu negara, kelmarin.

    Seramai 141 orang penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat yang diadakan di Dewan Darussalam sekolah berkenaan.

    Turut hadir ialah Pengetua CHMS, Kho Guik Lan dan para tenaga pengajar sekolah tersebut.

    Taklimat disampaikan oleh Pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik dan Ketua Unit Hubungan Masyarakat, Jabatan Penerangan, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahuddin yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaikkibarkan bendera negara serta sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam Allah Peliharakan Sultan.

    Selain itu, para penuntut juga menyaksikan tayangan klip video Semarak Pengibaran Bendera dan video animasi Tatacara Menaikkan Bendera Negara serta menyertai Kuiz Kenegaraan.

    Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara di samping mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar semasa menyampaikan taklimat kepada para pelajar CHMS. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda