Friday, January 10, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat Kenegaraan semai semangat patriotik pelajar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Sebagai usaha berterusan untuk menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara khususnya di kalangan pelajar sekolah, Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri meneruskan Program Taklimat Kenegaraan, Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan, di sini, menyatakan taklimat yang diadakan di dewan serbaguna sekolah berkenaan telah disertai seramai 156 pelajar Tahun 7 sekolah itu.

    Taklimat berkenaan disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris yang mana antara lain beliau menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik kibarkan bendera negara serta sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’.

    Selain daripada itu, para pelajar juga menyaksikan tayangan video animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera’ dan berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.

    Program itu merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara selain dihasratkan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri para pelajar.

      – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda