Oleh Daniel Lim
BELAIT, 16 OGOS – Bank of China (Hong Kong) cawangan Brunei bersama Dewan Perniagaan Cina (CCC) Daerah Belait akan bersama-sama menganjurkan taklimat kewangan perniagaan pada 27 Ogos di bangunan CCC, Kuala Belait.
Taklimat itu bertujuan untuk memberikan pemahaman dan maklumat kepada komuniti perniagaan setempat mengenai perkhidmatan produk dan cara perkhidmatan pembiayaan korporat dan pembiayaan peribadi bank berkenaan di negara ini.
Dijadualkan menyampaikan taklimat pada hari itu ialah Pengurus Besar Bank of China (Hong Kong) cawa-ngan Brunei, Dr Li Feng.
Sehubungan itu, ahli-ahli CCC Daerah Belait dan komuniti perniagaan setempat dialu-alukan untuk taklimat berkenaan dengan tarikh akhir pendaftaran untuk menghadirinya adalah pada 23 Ogos.