Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat kongsi peluang perniagaan

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Dalam usaha menggalakkan koperasi untuk menceburi aktiviti perniagaan baharu khususnya sektor pelancongan, Unit Pembangunan Koperasi (UPK), Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan sesi taklimat ketiga mengenai potensi peluang-peluang perniagaan di sektor pelancongan yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, hari ini.

    Sesi taklimat berkenaan dihadiri oleh 78 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Lembaga Koperasi (ALK), pihak pengurusan koperasi dan ahli-ahli koperasi yang sedia ada di mana mereka diberikan pendedahan kepada peluang perniagaan dalam sektor pelancongan.

    Sesi taklimat mengetengahkan pembentangan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, diikuti dengan sesi perkongsian daripada empat buah agensi berkepentingan daripada Assocciations of Travel Agents Brunei, Associations of Hotels, Kunyit 7 Lodge dan Darussalam Holdings Sdn Bhd, bertujuan memberikan pendekatan terhadap hala tuju, dasar, garis panduan dan kisah kejayaan yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan di bawah sektor pelancongan secara langsung.

    Program itu diakhiri dengan lawatan ke Eco-Ponis Garden, Kampung Bang Nukat Lamunin, Daerah Tutong untuk peserta memanfaatkan cara pengurusan operasi perniagaan serta membuka minda koperasi dalam memperluaskan aktiviti-aktiviti perniagaan di bawah sektor pelancongan pada masa akan datang.

    Taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kemajuan Pelancongan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda