Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat mantapkan persiapan bakal jemaah haji

    Oleh Nurdiyanah R. –

    ARAB SAUDI, 3 JUN – Bagi memastikan kelancaran perjalanan ke kota Mekah, Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) telah mengadakan sesi taklimat persiapan bagi bakal jemaah haji di bawah pakej-pakejnya.

    Sesi taklimat berkenaan telah diadakan di Restoran Zahra, Rawdah Royal Inn selama dua hari berturut-turut, baru-baru ini.

    Taklimat dibahagikan kepada tiga sesi itu iaitu taklimat kesihatan oleh wakil dari Unit Perubatan Haji Kementerian Kesihatan Negara Brunei dan Arab Saudi, yang disampaikan oleh Konsultan Perubatan, Dr Haji Aziman bin Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub dan diikuti dengan tazkirah penghayatan ibadah haji yang disampaikan oleh guru agama, Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badaruddin.

    Sementara itu, taklimat persiapan keberangkatan ke kota Mekah pula disampaikan oleh Penolong Pengurus Am DSSB, Bahagian Haji dan Umrah, Pengiran Haji Ibarahim bin Pengiran Haji Bakar.

    Beberapa perkara penting yang disentuh dalam taklimat itu ialah dari aspek fizikal iaitu bagaimana menjaga kesihatan diri dalam keadaan cuaca yang panas, aspek mental iaitu mempersiapkan diri dengan bersikap sabar dalam menghadapi apa jua cubaan dan dugaan dan aspek pemantapan kerohanian dengan memperbanyakkan doa, zikir dan selawat memohon ke hadrat Allah SWT agar perjalanan yang bakal ditempuhi berjalan dengan mudah di samping memohon keredaanNya jua.

    Di akhir taklimat, wakil DSSB menerangkan persiapan-persiapan sebelum berangkat ke kota suci termasuklah itinerari dan jarak perjalanan, penghantaran bagasi awal sehari sebelum berangkat, langkah-langkah keselamatan serta jadual keberangkatan.

    Para bakal jemaah haji di bawah syarikat DSSB semasa mendengarkan taklimat tersebut. – GAMBAR SERAHAN DSSB
    GAMBAR SERAHAN DSSB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda