Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Taklimat menjelang pembukaan Liga Bola Sepak Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 24 JULAI – Sebagai persediaan bagi Liga Bola Sepak Daerah Belait 2022, Persatuan Bolasepak Daerah Belait (PBDB) kelmarin telah mengadakan taklimat bertempat di dewan Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Belait di Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait.

    Taklimat dipengerusikan oleh Presiden PBDB, Pengiran Saiful Redzali bin Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Putih, yang menyatakan mengenai keterujaan pasukan-pasukan di Daerah Belait untuk akhirnya dapat kembali mengambil bahagian dalam kejohanan selepas lebih setahun digantungkan akibat pandemik.

    Turut hadir ialah Timbalan Presiden PBDB, Awang Morni bin Haji Zakaria.

    Secara keseluruhan, lapan buah pasukan mendaftar untuk bersaing dalam Liga Bola Sepak Daerah Belait iaitu Nelayan FC, Liang Lumut ST, Akhdan ST, Hoist FT, Hawa FC, HR FT, Mangelella FC dan Nusantara FC.

    Taklimat disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agung PBDB, Dayang Emmielia Kartiena binti Ahmad Zaini, yang menerangkan mengenai peraturan liga serta tingkah laku sukan. Taklimat diturut dihadiri oleh wakil-wakil pasukan yang menyertai liga tersebut.

    Majlis diakhiri dengan undian bagi menentukan perlawanan yang dilakukan oleh lapan wakil pasukan yang akan bersaing. Perlawanan akan diadakan pada 7 Ogos di Arena Bola Sepak Seria yang akan menyaksikan pertemuan di antara Nelayan FC dan Liang Lumut ST.

    Presiden PBDB dan wakil-wakil daripada pasukan yang akan menyertai Liga Bola Sepak Daerah Belait 2022 bergambar ramai selepas majlis penyampaian taklimat, baru-baru ini. – Gambar serahan PBDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...