Tuesday, January 7, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat pelajar baharu sempena Minggu Ta’aruf UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar kelmarin telah mengadakan Majlis Taklimat Pelajar Baharu sempena Minggu Ta’aruf UNISSA kemasukan Januari sesi pengajian 2024/2025.

    Seramai 118 orang iaitu 50 pelajar dalam program prasiswazah dan 68 pelajar menyertai program siswazah bagi kemasukan Januari 2025.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Agama UNISSA, Pengiran Mohammad Daud bin Pengiran Matassan. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Dekan Pelajar UNISSA, Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, selaku pengerusi majlis.

    Majlis diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Rektor (Akademik), Dr Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin, di mana beliau menyentuh mengenai suasana alam pembelajaran daripada peringkat sekolah menengah ke alam universiti adalah sangat berbeza.

    Beliau juga menyebut tentang cabaran dan rintangan yang akan dihadapi oleh pelajar-pelajar dan turut menasihati pelajar-pelajar memperbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran.

    Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar pelajar baharu diketuai oleh mahasiswa daripada Fakulti Teknologi Islam, Awang Adib Zainul Zaky bin Haji Abdul Manaf.

    GAMBAR SERAHAN UNISSA
    Bacaan ikrar pelajar baharu diketuai oleh Awang Adib Zainul Zaky. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    Dr Hajah Lilly Suzana bergambar ramai pada majlis taklimat tersebut. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda