Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Kira-kira 50 pengamal undang-undang swasta telah menghadiri taklimat pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan, sesi taklimat itu bertujuan untuk menyampaikan penjelasan lanjut mengenai perlaksanaan dan implikasi Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025, serta meningkatkan kefahaman dalam kalangan pengamal undang-undang terhadap pindaan yang telah diperkenalkan.

    Taklimat berkenaan disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat Undang-undang) Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pemangku Ketua Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan, Dayang Nuruljannah binti Haji Alim dan Pegawai Tanah Kanan dari Jabatan Tanah, Dayang Amal Hayati binti Haji Junaidi. Pada akhir taklimat tersebut, para pengamal undang-undang berpeluang berinteraksi dengan pihak kementerian, di mana pelbagai isu berkaitan telah dibincangkan dan diketengahkan dengan tujuan untuk memperkukuh tadbir urus tanah secara menyeluruh.

    Turut hadir semasa taklimat tersebut adalah ahli-ahli Jawatankuasa Unit LCAO 2025 dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Tanah.

    Dayang Aldila, Dayang Nuruljannah dan Dayang Amal Hayati semasa sesi menyampaikan taklimat pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    ATAS & BAWAH: Antara yang hadir semasa majlis taklimat tersebut. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda