Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat penipuan dalam talian

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Seramai 20 orang peserta belia daripada Program Belia Y-Lite, telah menghadiri taklimat Jenayah Penipuan Dalam Talian yang diadakan di Dewan Kuliah Stadium Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.

    Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah, Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad.

    Antara objektif taklimat adalah untuk memberi kesedaran kepada para belia mengenai trend jenayah penipuan dalam talian yang semakin menular.

    GAMBAR SERAHAN PPDB
    Antara peserta dari Program Belia Y-Lite menghadiri taklimat Jenayah Penipuan Dalam Talian yang diadakan baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PPDB

    Di samping menasihatkan mereka agar sentiasa peka dan berhati-hati supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran meragukan daripada individu tidak dikenali.

    Pihak BSJS turut menekankan bahawa pemberigaan maklumat kepada masyarakat mengenai jenayah penipuan dalam talian amat penting bagi memerangi penularan jenayah siber di negara ini.

    Taklimat dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda