BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd (IITFT), kelmarin, telah mengendalikan taklimat produk bagi Jabatan Pelancongan dan Pembangunan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai dari IITFT yang menjelaskan manfaat Pelan Takaful Keluarga Berkelompok.
Pelan berkenaan menyediakan manfaat-manfaat takaful seperti kematian dan kecacatan kekal penuh (TPD) akibat kemalangan atau penyakit, kemalangan peribadi, pampasan kematian, kecacatan sementara penuh, kecacatan sementara separa, elaun wad disebabkan kemalangan, perbelanjaan perubatan dan pembedahan, bantuan perubatan kecemasan dan faedah penghantaran balik.
Kenyataan menambah, pelan berkenaan juga direka untuk meliputi perbelanjaan perubatan dan pembedahan akibat kemalangan atau kecedaraan.
Di bawah pelan berkenaan, para pegawai dan kakitangan Jabatan Pelancongan dan Pembangunan akan menerima liputan dan perlindungan 24 jam di seluruh dunia
Pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan juga layak menerima diskaun tambahan bagi produk-produk lain IITFT dan Takaful Motor Insurans Islam TAIB General Takaful.
