Friday, November 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat semai rasa cinta pada negara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Seramai 40 orang penuntut Tahun 7 Sekolah St. George, Bandar Seri Begawan menghadiri Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di dewan sekolah berkenaan.

    Program yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik itu dihadiri oleh pengetua sekolah berkenaan, Awang Janidi bin Jingan dan para tenaga pengajar.

    Taklimat disampaikan oleh Pemangku Penolong Pegawai Penerangan, Awang Mohammad Khaiddir Shah bin Haji Abdul Halim, yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik kibarkan bendera negara serta sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Allah Peliharakan Sultan.

    Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.

    Program itu merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Awang Mohammad Khaiddir Shah semasa menyampaikan taklimat pada program tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Antara pelajar yang hadir semasa program itu. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda