Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat semai semangat kenegaraan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Seramai 123 orang penuntut Tahun 7 Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) telah menghadiri Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang diadakan di auditorium maktab berkenaan, kelmarin.

    Program berkenaan merupakan usaha berterusan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik dalam menyemai perasaan dan semangat kecintaan terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

    Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Turut menghadiri taklimat itu ialah Pengetua Maktab SOAS, Awang Mohamad Santra bin Haji Bolhasan dan pegawai-pegawai akademik serta para tenaga pengajar maktab berkenaan.

    Taklimat kenegaraan telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam, Dayang Akidahamalina binti Haji Awang Mohd Ya’akub, yang antaranya menyentuh mengenai raja, tatacara menaik kibarkan bendera negara iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna dan bersih, tidak koyak dan pudar warnanya dan sejarah lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan.

    Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video animasi Tatacara Menaikkan Bendera Negara.

    Taklimat turut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang telah berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

    Gambar ramai pegawai Jabatan Penerangan, guru-guru dan pelajar Maktab SOAS pada taklimat kenegaraan baru-baru ini.
    Dayang Akidahamalina menyampaikan taklimat kenegaraan yang diadakan di auditorium Maktab SOAS, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda