Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat tingkat kesedaran ancaman jenayah siber

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah siber yang semakin menular di negara ini, Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) terus mempergiatkan usaha penyampaian maklumat melalui program taklimat dan inisiatif pendidikan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

    Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, BSJS telah dijemput untuk menyampaikan taklimat penipuan dalam talian yang berlangsung baru-baru ini di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, Daerah Temburong.

    Taklimat berkenaan disampaikan oleh anggota BSJS, Koperal 4747 Syalihen bin Haji Ludin, kepada 36 orang peserta daripada Program Jati Diri Kohort 9, yang terdiri daripada penuntut Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

    Sementara itu, satu lagi taklimat serupa diadakan pada sebelah petang di Dewan Pahlawan, Berakas Garrison, yang disampaikan oleh pegawai BSJS, Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad.

    Dalam kedua-dua sesi berkenaan, para peserta diberikan penekanan mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi, khususnya agar tidak sewenang-wenangnya mengongsikan maklumat tersebut di mana-mana platform aplikasi media sosial. Peserta turut diingatkan agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam mengharungi era digital yang semakin canggih.

    Taklimat penipuan dalam talian diadakan baru-baru ini di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, Daerah Temburong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda