Tuesday, March 4, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat tingkat semangat kenegaraan pelajar sekolah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri kelmarin mengadakan Program Taklimat Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ di Daerah Brunei dan Muara dan di Daerah Temburong.

    Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Di Daerah Brunei dan Muara, taklimat kenegaraan yang dikendalikan oleh Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik ini diadakan di Dewan Puteri, Sekolah Menengah Nusa Laila Puteri, Jangsak. Taklimat disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Awang Mohammad Khaiddir Shah bin Haji Abdul Halim kepada seramai 33 orang penuntut Tahun 7 sekolah berkenaan.

    Turut hadir ialah Pengetua Sekolah Sekolah Menengah Nusa Laila Puteri, Jangsak, Dayang Dalilah Syazwi @ Dalilah Farzana binti Haji Laidin, dan juga para tenaga pengajar.

    Manakala di Daerah Temburong, seramai 55 orang penuntut Tahun 5, 6, 7 dan 8 Sekolah Arab, Temburong menghadiri taklimat berkenaan yang dikendalikan oleh Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Bahagian Cawangan Daerah.

    Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Daerah Temburong, Dayang Izzah Hazirah binti Haji Adi Othman, bertempat di dewan sekolah tersebut. Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Sekolah Arab, Temburong, Dayang Serikartini binti Haji Omar, beserta tenaga pengajar.

    Antara perisian taklimat yang disampaikan di kedua-dua buah sekolah berkenaan ialah mengenai raja, tatacara menaik kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam Allah Peliharakan Sultan. Di samping itu, para penuntut juga berpeluang menyertai kuiz kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan. 

    Semua di atas: Antara suasana semasa taklimat kenegaraan dilaksanakan di Dewan Puteri, Sekolah Menengah Nusa Laila Puteri, Jangsak.

    Suasana semasa taklimat diljalankan di Sekolah Arab, Temburong. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda