Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Takuk titisan air pada Oppo A7X

    OPPO awal bulan ini, telah mengembangkan portfolionya dengan melancarkan telefon pintar Oppo A7X yang mempunyai takuk paparan titisan air dan dua kamera belakang.

    Oppo A7X menggunakan Color OS 5.2 yang berasaskan Android 8.1 Oreo dan menampilkan paparan 6.3 inci dengan takuk titisan air, nisbah skrin ke rangka 90.8 peratus dan nisbah bidang 19.5:9.

    Ia dikuasakan pemproses lapan teras MediaTek Helio P60 2.0GHz yang dipadankan dengan RAM 4GB dan GPU Mali-G72 MP3 dengan storan dalaman 128GB.

    Dua kamera belakang pada peranti ini disusun menegak, dengan satu sensor 16MP. Di depan pula terdapat kamera 8MP dengan ciri-ciri AI juga tersedia bagi kamera depan dan belakang.

    Rekaan peranti ini diinspirasikan daripada Oppo F9 Pro, boleh dikatakan varian China bagi Oppo F9, namun dengan storan dalaman lebih besar sedikit. Oppo F9 hanya menawarkan storan dalaman 64GB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda