IPOH, 20 SEPT – Takut dikenakan hukuman gantung kerana dikatakan terlibat dengan kes jenayah berat, seorang peniaga berputih mata apabila kerugian berjumlah RM118,880 akibat diperdaya sindiket ‘phone scam’ di Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata wanita berusia 48 tahun itu mendakwa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki kononnya pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam pada 14 September lepas.
Beliau berkata suspek memaklumkan bahawa wanita itu mempunyai cukai tertunggak berjumlah RM58,982, namun wanita berkenaan menafikan perkara tersebut. “Suspek meminta mangsa (wanita) membuat laporan polis secara dalam talian kononnya nama mangsa disalahgunakan seorang lelaki yang menyatakan mangsa telah bersubahat bersamanya melakukan pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah. – Bernama


