Wednesday, November 27, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Talak itu antara pasangan’

    Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Haza berkongsi petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai melarang anak-anak daripada berjumpa dengan kedua ibu bapa mereka, lapor mStar.

    Berkongsi pandangannya, Haza atau Siti Haza Basharahil, berkata anak-anak tidak seharusnya dijadikan sebagai alat untuk kepentingan diri sendiri.

    Malah Haza berpendapat penceraian yang berlaku di antara pasangan suami isteri juga tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memisahkan anak-anak dengan ibu bapa mereka.

    “Talak itu adalah antara pasangan dan bukan antara anak-anak dengan orang tuanya. Usah menggunakan anak-anak sebagai senjata untuk memuaskan hati sendiri walau apa pun alasannya.

    “Semoga Allah mudahkan urusan kami sekeluarga,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory hari ini.

    Pada Khamis, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri untuk tidak membenarkan keluarga bekas suaminya berhubung dengan anak-anaknya.

    Kata Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, dia tidak berniat memutuskan ikatan silaturahim kekeluargaan di antara anak-anak dan keluarga di Singapura namun sedang menanti waktu bersesuaian.

    Sebelum ini, Aliff, 33, dan Haza ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial mengenai kerinduan mereka terhadap Ayden dan Ara. – Agensi

    Ibu Aliff (kanan) berkongsi ceramah agama tentang hukum melarang anak berjumpa dengan ibu bapa. – Rotikaya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda