Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Talian hotline untuk pelancong hadapi masalah bakal dilancarkan

    KOTA KINABALU, 6 JUN – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan melancarkan talian hotline kepada pelancong yang berdepan masalah semasa berada di negeri itu terutama menjadi mangsa penipuan sewa inap desa.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata talian berkenaan akan dikendalikan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan menerusi perkhidmatan terbabit agensi itu boleh mengambil tindakan segera apabila menerima panggilan daripada pelancong termasuk menghantar pasukan untuk menyiasat perkara itu.

    “Aktiviti seumpama itu (penipuan sewa inap desa) memberi kesan kepada kita, kes sebegini akan dirujuk kepada STB. Sebelum ini kita kena tunggu pihak polis, namun sekarang kita akan wujudkan talian hotline.

    Akan ada pegawai mengendalikan talian bagi menguruskan krisis atau sebarang kejadian tidak diingini.

    “Sebarang masalah yang awda hadapi selaku pelancong di Sabah, awda boleh menghubungi talian hotline ini,” katanya pada sidang media sempena Persidangan Wanita Antarabangsa (IWC) 2024 hari ini. – Bernama

    Christina Liew (tengah) semasa menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri di Dewan Undangan Sabah. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda