Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Sesi persekolahan penggal kedua akan bermula pada 2 Jun, sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan bahawa talian hotline telah dibukakan bagi sebarang pertanyaan dan mengongsikan maklumat berhubung dengan pembukaan sesi persekolahan dalam tempoh pandemik COVID-19.
Kenyataan menyatakan bahawa talian hotline berkenaan ialah 2382396/ 2381167 dari pukul 7:45 pagi hingga 4:30 petang, di mana talian itu buat masa ini adalah beroperasi pada hari-hari bekerja sahaja iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu.