Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taliban Afghanistan didakwa bantu pengganas

    ISLAMABAD, 2 OGOS – Pengganas di sebalik rangkaian serangan bunuh diri di Pakistan telah diberikan bantuan oleh ‘warga Afghanistan’ di seberang sempadan, kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif, beberapa hari selepas letupan maut di sebuah perhimpunan politik berhampiran sempadan bersama dua negara tersebut.

    Sharif berhati-hati untuk tidak menuduh kerajaan Taliban Afghanistan membenarkan serangan dari wilayahnya, tetapi beliau menyatakan bahawa pengganas Pakistan beroperasi dari “tempat perlindungan” di negara jiran.

    Islamabad sebelum ini menyatakan pejuang dari Taliban Pakistan beroperasi dengan bebas dari Afghanistan – satu tuduhan yang sering ditolak oleh Kabul.

    Kenyataan Sharif pada hari Selasa berikutan taklimat keselamatan dan lawatan ke mangsa letupan Ahad lalu, yang menyebabkan 54 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera di sebuah perhimpunan pekerja parti politik Jamiat Ulema-e-Islam-F (JUI-F) di Khar.

    Serangan itu dituntut oleh kumpulan Islamic State Pakistan, yang mempunyai persaingan yang ganas dengan Taliban.

    “Perdana Menteri menyatakan kebimbangan beliau mengenai keterlibatan warga Afghanistan dalam letupan bunuh diri,” kata kenyataan dari pejabat Sharif.

    Ia menegaskan bahawa terdapat “kebebasan tindakan bagi elemen-elemen yang bermusuhan dengan Pakistan dalam merancang dan melaksanakan serangan keji terhadap warga awam yang tidak bersalah dari tempat perlindungan di seberang sempadan”. – AFP

    Anggota keselamatan Taliban mengawal di kawasan Pul-e-Sokhta, Kabul, 28 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda