Taliban: AS tanggung ‘akibat’ jika lanjut pemindahan

KABUL, 23 OGOS – Taliban hari ini memberi amaran mengenai ‘akibat’ yang bakal menimpa jika Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya melanjutkan kehadiran mereka di Afghanistan sehingga minggu depan, ketika lapangan terbang Kabul dalam keadaan huru-hara.

Kumpulan itu yang menguasai Afghanistan minggu lalu mengejutkan negara Barat kerana berlaku dua minggu sebelum 31 Ogos iaitu tempoh akhir untuk semua tentera keluar dari negara itu.

Untuk menguruskan pemindahan menerusi penerbangan membabitkan warga asing dan rakyat Afghanistan yang tidak terkawal, ramai takut tindakan balas kerana bekerjasama dengan negara Barat selepas ribuan tentera kembali ke Afghanistan dengan tekanan kian bertambah terhadap Washington untuk melanjutkan tempoh akhir operasi itu.

Bagaimanapun tindakan Taliban yang setakat ini lebih sederhana menunjukkan kumpulan itu tidak akan berkompromi dengan penarikan AS dari negara berkenaan.

“Jika AS atau UK (United Kingdom) mahu mencari masa tambahan untuk meneruskan pemindahan, jawapannya adalah tidak. Atau akan ada akibat menanti,” kata jurucakap Taliban, Suhail Shaheen kepada Sky News hari ini. Menurut Suhail, tinggal melebih tempoh akhir yang ditetapkan bermaksud ‘melanjutkan pendudukan’.

Terburu-buru untuk meninggalkan Kabul telah mencetuskan pandangan mengerikan dan mengorbankan kira-kira lapan orang, beberapa daripadanya dipijak hingga mati sementara seorang maut selepas jatuh daripada pesawat yang bergerak. – AFP

Pejuang Taliban dalam kenderaan meronda jalan-jalan di Kabul pada 23 Ogos. – AFP