Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Taliban bebaskan warga AS

    KABUL, 19 SEPT – Seorang tentera laut veteran Amerika ditahan di Afghanistan sejak 2020 telah dibebaskan oleh Taliban hari ini bagi pertukaran sekutunya yang telah dipenjarakan selama 17 tahun di penjara AS kerana menyeludup dadah, kata menteri luar Afghanistan.

    Mark Freirichs bekerja sebagai jurutera awam di projek pembinaan Afghanistan apabila dia dijadikan ‘tebusan’, menurut Washington.

    “Selepas rundingan panjang, warga AS, Mark Freirichs diserahkan kepada delegasi Amerika dan delegasi itu menyerahkan Bashar Noorzai (gambar-AFP) kepada kami di lapangan terbang Kabul hari ini,” kata Menteri Luar Afghan, Amir Khan Muttaqi pada satu sidang media. “Kami dapat menyaksikan majlis menggembirakan ini di lapangan terbang Kabul, di ibu negara, kepulangan teman senegara. Norzai dialu-alukan dengan sambutan wira oleh kerajaan Afghanistan,” tambahnya.

    “Jika kerajaan tidak menunjukkan keazaman kuat, saya tidak akan berada di sini hari ini,” kata Norzai memberitahu wartawan pada satu sidang media. “Pembebasan saya melalui pertukaran warga Amerika akan menjadi sumber keamanan antara Afghanistan dan Amerika,” katanya. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...