ANKARA, 29 NOV – Taliban berhasrat mencapai perjanjian damai dengan Amerika Syarikat (AS), kata Presiden Donald Trump semalam ketika melakukan lawatan mengejut ke Afghanistan untuk meraikan Hari Kesyukuran bersama tentera Amerika, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan The New York Times.
“Taliban ingin membuat perjanjian damai dan kami akan bertemu dengan mereka,” kata Trump dalam pertemuannya dengan rakan sejawat dari Afghanistan, Presiden Ashraf Ghani, semasa melawat Bagram Airfield, menurut The New York Times.
Pada awal September, Trump mengisytiharkan rundingan damai dengan Taliban ‘telah terkubur’ susulan serangan baru-baru ini ke atas ibu kota Kabul yang mengorbankan berpuluh-puluh orang termasuk seorang tentera AS. – Bernama
