KABUL, 31 OGOS – Kumpulan berhaluan keras, Taliban melepaskan tembakan ke udara dan mengadakan rundingan diplomasi selepas kembali berkuasa sepenuhnya di Afghanistan, sejurus pasukan tentera terakhir Amerika Syarikat keluar dari negara itu, menamatkan dua dekad peperangan.
Konflik tentera paling lama AS itu berakhir malam kelmarin apabila angkatan tenteranya mengabaikan lapangan terbang Kabul, di mana ia memantau proses pemindahan kelam kabut yang menyaksikan lebih 123,000 orang melarikan diri dari negara itu.
Pejuang Taliban segera memasuki lapangan terbang dan melepaskan tembakan ke udara di seluruh bandar bagi meraikannya – kepulangan yang menakjubkan selepas AS menceroboh negara itu dalam 2001 dan menggulingkan mereka kerana menyokong Al-Qaeda.
“Tahniah kepada Afghanistan…kemenangan milik kita semua,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid memberitahu wartawan beberapa jam kemudian di landasan lapangan terbang.
Menurutnya, kemenangan Taliban adalah ‘pengajaran kepada penceroboh lain.’
Taliban sebelum ini terkenal dengan pemerintahan kejam, namun kali ini berjanji akan lebih bertoleransi dan membuka lembaran bahar dalam kuasa. “Kami mahukan hubungan baik dengan AS dan dunia.
Kami menyambut baik hubungan diplomatik baik bersama mereka,” tambah Mujahid. – AFP
