Taliban rampas AS$12 juta daripada bekas pegawai kerajaan

KABUL, 15 SEPT – Bank pusat Afghanistan berkata hari ini yang Taliban telah merampas lebih AS$12 juta wang tunai dan emas daripada rumah-rumah bekas para pegawai kerajaan, ketika ia menyeru semua transaksi perlu dibuat dalam mata wang tempatan.

Kebanyakan kakitangan kerajaan belum lagi kembali bekerja – dan dalam beberapa kes, gaji-gaji sudah tidak dibayar selama berbulan-bulan – mengakibatkan jutaan bergelut untuk memenuhi keperluan.

Bank itu kemudian mengeluarkan kenyataan lain yang mengatakan pejuang Taliban telah menyerahkan lebih AS$12.3 juta tunai dan emas yang dirampas dari rumah-rumah para pegawai dari bekas kerajaan – sebahagian besarnya ditemui di rumah bekas naib presiden Amrullah Saleh.

“Wang-wang tersebut ditemui dari para pegawai berperingkat tinggi…dan beberapa agensi-agensi keselamatan yang menyimpan wang tunai dan emas di rumah mereka,” menurut kenyataan.

“Bagaimanapun, belum jelas apa tujuan mereka menyimpannya.” – AFP