KABUL, 24 OGOS – Seorang jurucakap Taliban hari ini mengatakan Amerika Syarikat (AS) mesti melengkapkan proses pemindahan rakyat dari Afghanistan menjelang tarikh 31 Ogos, tarikh yang ditetapkan pentadbiran Biden untuk pengunduran semua tentera AS. Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mengatakan kumpulannya tidak menerima ‘perlanjutan’ bagi tarikh akhir itu. Menurutnya, kehidupan sudah kembali normal di negara itu,