Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Taman air dalam pembinaan terbakar

    DENMARK, 12 FEB – Kebakaran berlaku hari ini di sebuah taman air yang sedang dalam pembinaan di salah satu taman hiburan terbesar di wilayah Nordik, menyebabkan kepulan asap hitam menyelubungi Goteberg, bandar kedua terbesar di Sweden.

    Kebakaran merebak di beberapa gelongsor air yang belum dibuka di taman Liseberg, dan polis serta pegawai bomba tidak dapat mengesahkan dengan segera sama ada terdapat sebarang kemalangan jiwa.

    Jabatan bomba menggesa orang ramai di kawasan yang terjejas akibat asap untuk “pergi ke dalam rumah dan menutup pintu, tingkap dan sistem pengudaraan” serta mendengar radio tempatan.

    Sebuah hotel dan kemudahan pejabat berdekatan telah dipindahkan, kata taman hiburan dan polis. Serpihan daripada letupan bangunan tercampak di atas gelongsor air yang terbakar.

    “Kami tidak mempunyai maklumat bahawa ada sebarang kecederaan. Kami kini dalam proses untuk memastikan bahawa ini adalah keadaan sebenar,” kata ketua komunikasi di Liseberg, Marten Westlund, kepada akhbar harian Aftonbladet.

    Kebakaran berlaku di taman air Oceana, yang dijadualkan untuk dibuka pada musim panas ini. Agensi berita Sweden, TT berkata ia menelan belanja 1.2 bilion kronor (AS$10.6 juta) untuk dibina.

    Westlund berkata, kebakaran bermula di bahagian kompleks itu yang mempunyai empat gelongsor besar.

    Liseberg, di pusat bandar Goteborg, merupakan destinasi pelancongan yang popular di Sweden.

    Idea di sebalik Oceana diilhamkan oleh sejarah Goteborg, yang diasaskan pada 1621 oleh Raja Gustav II Adolf. Bandar ini menjadi tempat perdagangan penting untuk Sweden. – AP

    Asap menyelubungi udara selepas kebakaran berlaku di dunia air baharu taman hiburan Liseberg, Oceana di Goteborg, Sweden pada 12 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...