Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taman haiwan Greece pindah ikan lumba-lumba ke akuarium Florida

    ATHENS, 23 JAN – Zoo utama di Greece pada Rabu mengumumkan bahawa mereka akan memindahkan lima ekor ikan lumba-lumba ke sebuah akuarium di Florida, selepas
    pertikaian berpanjangan dengan pertubuhan haiwan.

    “Bukan senang untuk memelihara ikan lumba-lumba,” kata Jean-Jacques Lesueur, pengasas Taman Zoologi Attica, kepada televisyen Mega.

    Dia berkata ikan lumba-lumba itu akan dipindahkan ke Akuarium Marin Clearwater di Florida menjelang Mei.

    Selama bertahun-tahun, kumpulan haiwan telah menuduh taman berdekatan Athens itu mengadakan pertunjukan lumba-lumba, bertentangan dengan undang-undang Greece.

    Pada Rabu, Lesueur menegaskan bahawa ikan lumba-lumba merupakan sebahagian daripada program pendidikan yang tidak diadakan dalam tempoh dua setengah tahun yang lepas.

    Katanya, taman yang dikendalikan secara persendirian itu tidak tertekan untuk memindahkan lumba-lumba tersebut.

    Dibuka pada tahun 2000, taman seluas 20 hektar di timur ibu negara itu menjadi tuan rumah kepada lebih 2,000 haiwan daripada hampir 300 spesies, seperti yang dinyatakan di laman webnya.

    Pada tahun 2022, taman itu dikritik selepas menembak seekor cimpanzi yang melarikan diri dari kandangnya atas alasan keselamatan. Kejadian serupa yang melibatkan dua jaguar berlaku pada tahun 2018. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda