Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taman hidupan liar New Zealand bakal lupuskan 7 singa

    WELLINGTON, 5 NOV – Sebuah taman hidupan liar di New Zealand berkata, mereka terpaksa melupuskan tujuh ekor singa tua selepas berdepan kesukaran kewangan.

    Kamo Wildlife Sanctuary di bandar utara Whangarei berkata, taman itu akan ditutup dan tidak mempunyai pilihan selain melupuskan haiwan besar berkenaan.

    “Tiada lagi pilihan yang tinggal. Saya dan para kakitangan amat berduka,” kata pengendali taman itu, Janette Vallance dalam satu kenyataan kelmarin.

    Singa-singa tersebut berusia antara 18 hingga 21 tahun, iaitu lebih lama daripada jangka hayat biasa mereka di habitat liar.

    Tiada pilihan yang realistik untuk menempatkan semula haiwan itu di zoo lain di New Zealand.

    “Kenangan dan legasi haiwan luar biasa ini akan terus hidup dalam hati ramai orang,” kata pihak taman berkenaan.

    Taman itu pernah mendapat sedikit perhatian pada awal tahun 2000an apabila muncul dalam rancangan televisyen mengenai penjaga haiwan terkenal, Craig ‘the Lion Man’ Busch.

    Namun, Busch kemudiannya dituduh melakukan beberapa pelanggaran hak haiwan, termasuk menempatkan haiwan dalam sangkar yang tidak menepati piawaian.

    Pada tahun 2009, seorang penjaga maut selepas diserang seekor harimau putih di dalam taman tersebut. – AFP

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda