Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Taman Kinabalu berpeluang jadi Geopark Global UNESCO

    RANAU, 18 JULAI – Taman Kinabalu mempunyai prospek cerah untuk menjadi Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun ini, kata Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim.

    Beliau berkata penilaian selama empat hari akan dijalankan bermula hari ini oleh para penilai daripada Geopark Global UNESCO bersama anggota komuniti lain yang akan mengunjungi tiga daerah, iaitu Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.

    “Kami telah mengenal pasti laluan dan 18 tempat persinggahan dan percaya ia akan mengetengahkan ciri sebenar geopark kebangsaan kita dengan prospek untuk melayakkannya dicatatkan sebagai Geopark Global UNESCO,” katanya dalam ucapan alu-aluan sebelum penilaian tersebut dimulakan di Ibu Pejabat Taman Kinabalu, di sini hari ini.

    Beliau berkata status geopark global itu memberi harapan, khususnya Taman Kinabalu, dalam usaha pemuliharaan, penyediaan infrastruktur dan manfaat sosioekonomi kepada komuniti tempatan.

    Maklarin berkata beliau yakin dengan kelebihan Taman Kinabalu bagi mendapatkan status berkenaan selain menyedari cabaran yang dihadapi, terutama saiz taman itu yang sangat luas iaitu 10 kali lebih luas daripada Geopark Global UNESCO Langkawi.

    “Kami berasa beruntung dapat menjadi sebahagian daripada proses penilaian ini, menyumbang sesuatu yang berharga kepada generasi masa depan dan kemungkinan mencipta satu lagi sejarah,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...