Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taman negara Thai tegah bawa plastik sekali guna

    BANGKOK, 7 APRIL – Thailand semalam telah mengharamkan bungkusan styrofoam dan plastik sekali guna di taman-taman negara ketika negara itu berusaha mengatasi masalah sampah yang mengancam hidupan liar.

    Perairan-perairan di luar pesisir pantai Thailand berdepan dengan pencemaran dan pandemik koronavirus telah menyebabkan lonjakkan sampah plastik apabila permintaan bagi makanan bawa pulang meningkat.

    Jabatan Taman-taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan Thailand berkata larangan itu adalah perlu untuk melindungi ekologi.

    Pesalah akan didenda sehingga 100,000 baht (AS$3,000) jika didapati membawa barangan plastik sekali guna atau kontena styrofoam ke dalam taman.

    Peraturan baharu itu berkuat kuasa kelmarin selepas diterbitkan dalam Royal Gazette sehari sebelumnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda